SalamX..!!

E-Gerak atau lebih dikenali dgn panggilan Sistem Pergerakan Staf merupakan teman sepermainan aku 2-3 hari nie. Aplikasi dia cantik sebab boleh merakamkan pergerakan staf ke satu-satu tempat. Jadi pengesanan pergerakan guru dapat dilihat dgn lebih pantas berdasarkan harian, bulanan dan tahun.
Permasalahan sekarang nie, rata-rata portal PPD / JPN guna yg berindukkan Joomla secara iframe. Aku lebih minat sekiranya ia merupakan ’stand alone’ takde bergantung ngan mana² base mainfile. Jadi nie le keje aku skrg… godek² coding benda alah nie nak digabungkan ngan PHPNuke 8.0+.
Alahai… bila leh siap entah la… Tapi Alhamdullilah la…. dlm dok belek² mende nie aku dapat satu ilmu baru iaitu function ‘inner JOIN’ untuk dbase. Hehe… terasa best la pulak…
.
SalamX..!!

Hehe… akupun pening… camner nak settle masalah nie?!! Isk…!! 
SalamX..!!

Hehe… kira menjadi gak le… baki ke hadapan ader dalam $USD900. 
SalamX..!!
Selepas peristiwa yang berlaku ke atas ADMIRA, aku telah cuba sedaya upaya memulihkan gitar tersebut agar kembali seperti biasa. Tetapi, setelah tibanya gitar tersebut dari bengkel memperbaiki gitar di Solo, Indonesia yg aku hantar hampir menjangkau 2 thn, malangnya…. ia cukup menghampakan apabila niat ingin melihat gitar tersebut agar pulang seperti asal tidak kesampaian.
Banyak perubahan telah dilakukan, malah ada bahagian-bahagian gitar terpaksa diubahsuai agar ianya lebih bertahan dan kukuh setelah diperbaiki. Akibat daripada perubahan yg berlaku, nada yg terhasil agak kurang memuaskan. Hasrat aku berkecai sama sekali, kini ia hanya tinggal kenangan… kaku tersandar di penjuru kamar.
Sebagai meneruskan perjuangan dalam bidang seni, aku terpaksa sambar baru. Nak tak nak, kena gak sambar, sebab aku tetap aku, mcm dedulu… setahun tak ngadap tv… takpe… seminggu tak ngadap gitar, jiwa jadi haru biru. Maner idaknya… asyik kena cari cord je unt bebudak Mini Orkestra, letih gak sebelum nie cari lagu main pakai hafal bunyi je hehe…
Model gitar yg aku cekau kali nie ialah jenis Ibanez TCY20101 OVV Talman Electro Acoustic Guitar Open Pore Vintage Violin. Harga leh tahan gak dalam lingkungan £189.00 ke £229.00 ($USD 279.27 - $USD 338.64).
Walau bagaimanapun, teman lama tetap aku simpan, cukup banyak kenangan. Semua nie ader hikmahnya… kalau tidak kerana permasalahan yang berlaku nie…. belum garenti sekarang aku dapat memiliki sebuah gitar yg aku idam-idamkan sejak aku bersekolah darjah 6 dulu. Bayangkan le…. 